Sunday, 15 May 2016

Penyucian jiwa di Madinah & Mekah 5-15 Feb 2016

Assalamualaikum and hye!



Cepatnya masa berlalu....dah masuk bulan Mei dah.. maksudnya dah 3 bulan berlalu lepas balik dari Tanah Haram..
sebenarnya dari tahun 2012 lagi aku ada ajak ayah ummi gi Umrah..tapi mungkin Allah taknak jemput lagi, ada beberapa masalah masa tu and kami tak jadi pergi. tp Alhamdulillah akhirnya Allah bg jugak peluang pertama kat aku untuk jejak kaki ke sana. kitorang tak pergi satu family pun, tapi ada makcik and pakcik aku ikut gak, cousin sorang, and kakak aku sorang ngn husband dia..so jadi total 8 orang semua...


okay...hari tu kami gi Umrah dengan pakej Andalusia.. so far semua okay lah..harga pun tak mahal sangat..kot hahah (padahal ayah yg bayarkan)

kami amik pakej yang chartered flight Mas, so ada gak agency lain yg pergi sekali macam Rayhar..
pergi 10 hari, 4 hari Madinah and 6 hari kat Mekah..



sepanjang aku kat sana..apa yang boleh aku katakan, aku sangaaaatttt sukakan Masjid Nabawi. sangat sangat suka. perasaan bila kat Masjid Nabawi tu sangatlah tenang...mungkin sebab Rasulullah saw ada kat situ jugak.. bila duduk and pikir sorang2 time kt situ, aku dapat rasa yang aku sangat dekat dgn Nabi. rasa macam tengah solat sama2, rasa macam Nabi nampak apa aku tengah buat.. and sebak bila fikir, 'ohhh dulu Nabi mesti pernah jalan kat sini. ohh ni mesti Nabi pernah pijak. ohhh ni mesti tempat Nabi duduk berehat' and benda tu yang buat aku rasa macam, wah! aku sekarang kat kampung Rasulullah!


Subuh di Masjid Nabawi :)

Masa kat Raudhah (makam Rasulullah) takyah cakap lah, memang sangat sebak, sangat feel yang Nabi ada sebelah kita, depan kita. like He was with us! lagi sebak bila fikir, ni rumah Baginda dengan Aisyah, bilik dia, tempat dia hidup. MasyaAllah it was really amazing! perasaan tu memang takleh nak describe.

Bila payung terbuka...

Bila payung ditutup...

masa nak balik ke Mekah, sedih sangat...sebab? sebab tak tahu bila dapat ke situ lagi. tak tau sempat datang lagi tak sebelum mati.......

Dalam Masjid Nabawi

aku cuma boleh cakap, yang aku sangat sukakan Masjid Nabawi, aku sukakan suasana dalam masjid tu, suasana sekitar masjid dan seluruh Madinah...

kat Mekah pulak, memang tak dinafikan perasaan yang paling gembira bila tengok Kaabah buat pertama kali. and tengok berkali2 pun tak pernah puas! lagi lama tenung Kaabah, lagi menusuk ke hati, and lagi sedih bila terkenangkan dosa2...



aku hari tu, sempat tunaikan 4 kali Umrah, Alhamdulillah. penat sikit takpe, sebab Umrah takleh buat kat rumah kan? :)

Masjidil Haram pun takde kurangnya, sangat tenang walaupun ada berjuta orang, berbagai bangsa. aku suka dengar Azan, dengar bacaan solat..suka sangat walaupun aku hanya berdiri and tengok bermacam ragam orang, ada yang tengah tawaf, berjalan, berlari, baca quran, solat, tidur...
I'm just in love with everything!




and untuk pengetahuan korang, setiap kali lepas solat Fardhu, akan diiringi solat jenazah. memang ada setiap waktu.  5kali sehari, and jenazah bukan sorang setiap kali solat. ada terfikir apa2 tak? mati tu sentiasa ada kan?


Moga Allah redha dengan apa sahaja. Alhamdulillah.

doa dari aku, semoga kalian semua dan aku juga dijemput untuk ke sana suatu hari nanti, bukan sekali, tapi berkali2..amin amin In Sha Allah :)

No comments:

Post a Comment

Seoul 2013

Seoul 2013