Salam :)
aku taklah baik sangat pun, apalagi sempurna. memang tak. kadang2, aku pun terlalai sama.
aku pun terkadang lupa untuk jaga agama aku sendiri.
terlupa untuk menunjukkan bahawa agamaku adalah yang paling sempurna!
aku tahu tak semua dari kita mampu membuktikan agama kita hebat, sempurna, dan paling bahagia.
cuma, aku cuma tak suka bila ada antara kita yang tak menghormati agama sendiri, terutama bila depan non-muslim. tak malu ke?
kalau kita tak mampu menarik orang untuk suka agama kita, at least cubalah jaga agama kita supaya orang tak berburuk sangka.
ni tak, kalau tengah group discussion then tiba2 dengar azan, kita yang Islam ni lagi nyaring dengan gelak ketawa, boleh menyanyi bercakap dan macam2 ragam lagi. even yang non-muslim pun pandai hormat, takkan kita sendiri taknak hormat?
atau, kalau tiba2 dengar azan, kita bagitau kawan non-muslim kita, 'kita rest kejap ye, sambung lepas azan pasni' . takkan lah malu nak bagitau kawan kita macam tu?
Tepuk hati, tanya Iman.
No comments:
Post a Comment