yeaayyy hari ni nak cerita pasal percutian ke Krabi baru2 ni..
sebenarnya masa tu Air Asia tengah promo kaw2.. so, apa lagi, kakak aku terus whatsapp tanya nak g Krabi tak? tiket lebih kurang Rm70 return per head! murah je kan?
tapi masa kitorang beli tiket ni, tarikh tu utk setahun akan dtg! hahahahah. so maksudnya tiket ni dah setahun lebih kitorang beli..
okay bberapa bulan sbelum nak ke sana, ktorang dah start survey hotel. survey kat agoda, booking.com, and baca blog2 gak lah... kitorang pilih2 nak amik kat area AoNang Beach, konon nak hotel dekat ngan pantai, sekali ter book yg jauh ikiiittt dari pantai haha. kitorang stay hotel Ao Nang Viva Resort. dari segi hotel, overall okay je. aku bagi 7.5 out of 10.. bilik best, transport senang dapat, restoran halal pun banyak, boleh jalan kaki je. cuma jauh sikit dari bandar AoNang lah, dalam 5 minit kalau naik TukTuk (taxi)..
kitorang hari tu amik 2 bilik, satu bilik besar, lagi satu blik pool access. dua2 bilik lawa!
bilik pool access
family room
ada jacuzzi dalam family room
Hari Pertama:
kitorang smpai airport Krabi dalam 415pm. lepas keluar dari imigresen, pergi kt kaunter yg tgh 'jerit2' promot pakej masing2.. then rezeki company tu, kitorang tanya dia harga utk sebuah van ke hotel..masa tu dia cakap van company dia habis diguna, so terpaksa guna van airport...fee pun mahal la sikit. harga 1000baht ke hotel. then boleh book return terus. so nanti hari nak balik, van dia pickup kt hotel. bila book return, harga 1800 baht utk 6 persons. kira berbaloi lah untuk sebuah van.
Hari Kedua:
untuk hari pertama, pagi tu kitorang breakfast roti sendiri je. sbb b'fast hotel tu xsure halal ke tak.
lepas makan2, kitorang pergi island hopping. pergi 4 islands. amik pakej Andaman Krabi rasanya. tak sure nama tour ni apa sebab kitorang amik pakej ni kat airport..boleh kira murah gak ah, 600baht + 400baht(Tax) = 1000baht per person.
pakej ni dia pickup kita kt hotel lebih kurang pukul 9am..pastu naik tuktuk pergi jetty..dia sediakan muslim lunch which is halal lah in sha allah. ada sediakan buah-buahan dan jugak mineral water sebotol sorang... alat snorkeling pun dia sediakan. masa balik pun dia hantar kat hotel.
sampai kat hotel dalam pukul 3pm macam tu..so sempat lah nak solat kat hotel :)
overall, trip 4 islands memang best and sangat berbaloi. the view was SubhanAllah very amazing!!
First Island: Tam Phranang Beach
Second Island: Chicken Island
Stop kat sini tak turun pun, amik gambar dari boat then kat sini jugak tempat snorkeling.
Third Island: Tup Island
kat sini jugak tempat kitorang lunch. makan tepi pulau gittew. haha
Forth Island: Poda Island
kat Poda Island ni lah nanti korang kena bayar tax yang 400baht tu. tapi trip aku hari tu tour guide tlg bayarkan terus..
petang tu pulak, kitorang dinner kat depan hotel je, jalan kaki.. makan tomyum yumyum daapppp gileeee heheheh. pastu minum lak air fresh coconut, harga 50baht. fresh coconut dia pergghh manis. memang pure coconut, xcampur gula... masakan panas macam nasi goreng apa tu dalam 80baht sepinggan.
malam pulak, kitorang ke night market di bandar Krabi. night market ni memang terkenal, kalau pergi tour pun boleh dapat pakej nak ke night market, tapi mahal lah sikit, 300baht per person. naik van...tapi kitorang xamik pakej pun.. pergi naik tuktuk jee.. pakcik driver tu bagi 1000baht untuk kami 6 orang, return (dia akan tunggu kita).. tuktuk ni kitorang dapat depan hotel je, tapi dah deal dari petang lagi..janji siap2 datang amik pukul brapa. perjalanan dari hotel kami ke night market tu lebih kurang 30 minit..
fresh coconut yg ptg td kitorang minum 50baht, kat night market ni 30baht je! heheh.
so kalau g night market tu, shopping lah puas2, beli je apa yg berkenan. amboih!
Hari Ketiga:
hari ketiga, kitorang santai2 je. sebab dah penat. haha penatlaaaahh sangaaatt. bangun pun lambat, keluar pun dah pukul 11am. pagi tu, kitorang keluar ke bandar AoNang, pergi Aonang beach, jalan2 kedai souvenirs. kitorang naik tuktuk 30baht/person one way.
tapi kt situ xshopping sgt pun sbb dah byk beli kt night market.
kat sini macam mahal sikit lah, tapi klau pndai tawar menawar okaayyy ajee!
barang2 pun lebih kurang je jenisnya. tapi kat sini fresh coconut 50baht lah! hahah
then dari bandar ao nang tu, kitorang naik tuktuk ke muslim town. lupa laaaahh nama apa tempat tu..kawasan tu ada masjid, and agak byk gak lah restoren halal. klau nk pergi, cakap je kt driver nk g area mosque. diorang akn tahu..
so, ktorang dcide utk lunch kat situ!
dari bandar aonang tu, ktorang naik tuktuk ke muslim town, then naik tuktuk yg sama terus ke hotel. driver tu amik 400baht utk semua kitorang berenam.
lunch hari tu makan kat bangboo halal seafood restaurant. boleh tahan sedap cuma panas sikit kedainya. pastu portion makanan tu kurang sikit berbanding restoren depan hotel kami.
tapi rasa boleh tahan lah :)
lepas balik dari lunch, semua orang terus booom! pengsan di katil masing2. dan bangun petang tu, aku, kakak and abg ipar keluar jalan kaki ke kedai Yaminlah Pancake! pancake makcik ni femes gk..rmai org beli.. kitorang dpt tau psal kedai ni pun dari bloh2 org lain gak..
dia jual macam2 jenis pancake.. tapi memang daap ahh

so ktorg beli banana pancake ni sorang satu then tapau balik ke hotel.
makan sambil santai2 dan mandi kolam. yyiippppeee!
dinner pulak, kitorang mkn depan hotel jugak, tapi kedai yg berbeza. aku order nasi greng tomyum. ya ampunnnnnnnn sedap bangggaaaattt nasi grengnya. sampai termimpi2 bila balik msia cewaahhh haha.
Hari Keempat:
hari last ni tak sempat berjalan ke mana pun. pagi2 pukul 6am van dah pickup untuk ke aiport. soooooo,
selamat tinggal Krabi!