Saturday, 6 August 2016

Krabi 4 Hari 3 Malam

Assalamualaikum!

yeaayyy hari ni nak cerita pasal percutian ke Krabi baru2 ni..
sebenarnya masa tu Air Asia tengah promo kaw2.. so, apa lagi, kakak aku terus whatsapp tanya nak g Krabi tak? tiket lebih kurang Rm70 return per head! murah je kan?
tapi masa kitorang beli tiket ni, tarikh tu utk setahun akan dtg! hahahahah. so maksudnya tiket ni dah setahun lebih kitorang beli..

okay bberapa bulan sbelum nak ke sana, ktorang dah start survey hotel. survey kat agoda, booking.com, and baca blog2 gak lah... kitorang pilih2 nak amik kat area AoNang Beach, konon nak hotel dekat ngan pantai, sekali ter book yg jauh ikiiittt dari pantai haha. kitorang stay hotel Ao Nang Viva Resort. dari segi hotel, overall okay je. aku bagi 7.5 out of 10.. bilik best, transport senang dapat, restoran halal pun banyak, boleh jalan kaki je. cuma jauh sikit dari bandar AoNang lah, dalam 5 minit kalau naik TukTuk (taxi)..

kitorang hari tu amik 2 bilik, satu bilik besar, lagi satu blik pool access. dua2 bilik lawa!





bilik pool access

family room

ada jacuzzi dalam family room




Hari Pertama:

kitorang smpai airport Krabi dalam 415pm. lepas keluar dari imigresen, pergi kt kaunter yg tgh 'jerit2' promot pakej masing2.. then rezeki company tu, kitorang tanya dia harga utk sebuah van ke hotel..masa tu dia cakap van company dia habis diguna, so terpaksa guna van airport...fee pun mahal la sikit. harga 1000baht ke hotel. then boleh book return terus. so nanti hari nak balik, van dia pickup kt hotel. bila book return, harga 1800 baht utk 6 persons. kira berbaloi lah untuk sebuah van.

Hari Kedua:

untuk hari pertama, pagi tu kitorang breakfast roti sendiri je. sbb b'fast hotel tu xsure halal ke tak.
lepas makan2, kitorang pergi island hopping. pergi 4 islands. amik pakej Andaman Krabi rasanya. tak sure nama tour ni apa sebab kitorang amik pakej ni kat airport..boleh kira murah gak ah, 600baht + 400baht(Tax) = 1000baht per person.
pakej ni dia pickup kita kt hotel lebih kurang pukul 9am..pastu naik tuktuk pergi jetty..dia sediakan muslim lunch which is halal lah in sha allah. ada sediakan buah-buahan dan jugak mineral water sebotol sorang... alat snorkeling pun dia sediakan. masa balik pun dia hantar kat hotel.
sampai kat hotel dalam pukul 3pm macam tu..so sempat lah nak solat kat hotel :)

overall, trip 4 islands memang best and sangat berbaloi. the view was SubhanAllah very amazing!!

First Island: Tam Phranang Beach







Second Island: Chicken Island


Stop kat sini tak turun pun, amik gambar dari boat then kat sini jugak tempat snorkeling.


Third Island: Tup Island

kat sini jugak tempat kitorang lunch. makan tepi pulau gittew. haha







Forth Island: Poda Island

kat Poda Island ni lah nanti korang kena bayar tax yang 400baht tu. tapi trip aku hari tu tour guide tlg bayarkan terus..





petang tu pulak, kitorang dinner kat depan hotel je, jalan kaki.. makan tomyum yumyum daapppp gileeee heheheh. pastu minum lak air fresh coconut, harga 50baht. fresh coconut dia pergghh manis. memang pure coconut, xcampur gula... masakan panas macam nasi goreng apa tu dalam 80baht sepinggan.



malam pulak, kitorang ke night market di bandar Krabi. night market ni memang terkenal, kalau pergi tour pun boleh dapat pakej nak ke night market, tapi mahal lah sikit, 300baht per person. naik van...tapi kitorang xamik pakej pun.. pergi naik tuktuk jee.. pakcik driver tu bagi 1000baht untuk kami 6 orang, return (dia akan tunggu kita).. tuktuk ni kitorang dapat depan hotel je, tapi dah deal dari petang lagi..janji siap2 datang amik pukul brapa. perjalanan dari hotel kami ke night market tu lebih kurang 30 minit..


kat night market barang semua memang murah2, lagi murah kalau compare dgn bandar Aonang. baju t shirt Krabi boleh dapat 100baht. keychain pun ada byk jenis, ada yg beli 11 200baht, mcm2 lagi lah.
fresh coconut yg ptg td kitorang minum 50baht, kat night market ni 30baht je! heheh.
so kalau g night market tu, shopping lah puas2, beli je apa yg berkenan. amboih!







Hari Ketiga:

hari ketiga, kitorang santai2 je. sebab dah penat. haha penatlaaaahh sangaaatt. bangun pun lambat, keluar pun dah pukul 11am. pagi tu, kitorang keluar ke bandar AoNang, pergi Aonang beach, jalan2 kedai souvenirs. kitorang naik tuktuk 30baht/person one way.





tapi kt situ xshopping sgt pun sbb dah byk beli kt night market.
kat sini macam mahal sikit lah, tapi klau pndai tawar menawar okaayyy ajee!
barang2 pun lebih kurang je jenisnya. tapi kat sini fresh coconut 50baht lah! hahah







then dari bandar ao nang tu, kitorang naik tuktuk ke muslim town. lupa laaaahh nama apa tempat tu..kawasan tu ada masjid, and agak byk gak lah restoren halal. klau nk pergi, cakap je kt driver nk g area mosque. diorang akn tahu..
so, ktorang dcide utk lunch kat situ!
dari bandar aonang tu, ktorang naik tuktuk ke muslim town, then naik tuktuk yg sama terus ke hotel. driver tu amik 400baht utk semua kitorang berenam.

lunch hari tu makan kat bangboo halal seafood restaurant. boleh tahan sedap cuma panas sikit kedainya. pastu portion makanan tu kurang sikit berbanding restoren depan hotel kami.
tapi rasa boleh tahan lah :)







lepas balik dari lunch, semua orang terus booom! pengsan di katil masing2. dan bangun petang tu, aku, kakak and abg ipar keluar jalan kaki ke kedai Yaminlah Pancake! pancake makcik ni femes gk..rmai org beli.. kitorang dpt tau psal kedai ni pun dari bloh2 org lain gak..
dia jual macam2 jenis pancake.. tapi memang daap ahh








so ktorg beli banana pancake ni sorang satu then tapau balik ke hotel.
makan sambil santai2 dan mandi kolam. yyiippppeee!




dinner pulak, kitorang mkn depan hotel jugak, tapi kedai yg berbeza. aku order nasi greng tomyum. ya ampunnnnnnnn sedap bangggaaaattt nasi grengnya. sampai termimpi2 bila balik msia cewaahhh haha.


Hari Keempat:

hari last ni tak sempat berjalan ke mana pun. pagi2 pukul 6am van dah pickup untuk ke aiport. soooooo,
selamat tinggal Krabi!



Monday, 20 June 2016

Gemukkahhhhh?

Assalamualaikum wrt !

Hahaha nak cerita sikit
Pagi tadi pergi sekolah lama, sebab nak teman kakak pegi cop sijil
Masa kat office, jumpa sorang ustaz ni. Dalam hati aku;

ustaz ni mesti tak kenal aku. Kalau tak mesti dia dah tegur or tanya macam2...

Pastu ustaz tu tanya kakak aku;

Dulu sekolah kat sini ke?

Lepas kakak aku jawab, Then aku menyampuk;

Aku: ustaz, saya pun penah sekolah sini gak dulu. Ustaz penah mengajar saya..
Ustaz: ohh ye awak saya ingat..
Aku: (padahal ustaz xingat pun aku ni sape. Mesti ustaz saja nk sedapkan hati aku)

*silent moment*
Lepas beberapa minit, ustaz suddenly

Ustaz: ohh awak ni Nadhirah kan?
Me: haaa ye ye saya lah tu..
Ustaz: laaa nadhirah, tadi ustaz xcam sebab awak nampak makin sihat
Me: ohh ye ke. Gemuk ke ustaz? Ahhh saya happy sangat kot kat uni. Kikiki

Maka bermulalah perbualan kami awak belajar mana amik kos apa blablabla 

Point of the story, rupanya ustaz tak cam aku sebab aku makin berisi hahahaah cisssss. Ustaz jangan lah compare saya yang sekarang dengan masa sekolah dulu. Dulu saya tingkatan satu mestilah kurus kecik molekkkkk kahkah


Monday, 16 May 2016

Love it or Leave it?

Salam :)

aku taklah baik sangat pun, apalagi sempurna. memang tak. kadang2, aku pun terlalai sama.
aku pun terkadang lupa untuk jaga agama aku sendiri.
terlupa untuk menunjukkan bahawa agamaku adalah yang paling sempurna!

aku tahu tak semua dari kita mampu membuktikan agama kita hebat, sempurna, dan paling bahagia.
cuma, aku cuma tak suka bila ada antara kita yang tak menghormati agama sendiri, terutama bila depan non-muslim. tak malu ke?
kalau kita tak mampu menarik orang untuk suka agama kita, at least cubalah jaga agama kita supaya orang tak berburuk sangka.

ni tak, kalau tengah group discussion then tiba2 dengar azan, kita yang Islam ni lagi nyaring dengan gelak ketawa, boleh menyanyi bercakap dan macam2  ragam lagi. even yang non-muslim pun pandai hormat, takkan kita sendiri taknak hormat?

atau,  kalau tiba2 dengar azan, kita bagitau kawan non-muslim kita, 'kita rest kejap ye, sambung lepas azan pasni' . takkan lah malu nak bagitau kawan kita macam tu?

Tepuk hati, tanya Iman.

Sunday, 15 May 2016

Penyucian jiwa di Madinah & Mekah 5-15 Feb 2016

Assalamualaikum and hye!



Cepatnya masa berlalu....dah masuk bulan Mei dah.. maksudnya dah 3 bulan berlalu lepas balik dari Tanah Haram..
sebenarnya dari tahun 2012 lagi aku ada ajak ayah ummi gi Umrah..tapi mungkin Allah taknak jemput lagi, ada beberapa masalah masa tu and kami tak jadi pergi. tp Alhamdulillah akhirnya Allah bg jugak peluang pertama kat aku untuk jejak kaki ke sana. kitorang tak pergi satu family pun, tapi ada makcik and pakcik aku ikut gak, cousin sorang, and kakak aku sorang ngn husband dia..so jadi total 8 orang semua...


okay...hari tu kami gi Umrah dengan pakej Andalusia.. so far semua okay lah..harga pun tak mahal sangat..kot hahah (padahal ayah yg bayarkan)

kami amik pakej yang chartered flight Mas, so ada gak agency lain yg pergi sekali macam Rayhar..
pergi 10 hari, 4 hari Madinah and 6 hari kat Mekah..



sepanjang aku kat sana..apa yang boleh aku katakan, aku sangaaaatttt sukakan Masjid Nabawi. sangat sangat suka. perasaan bila kat Masjid Nabawi tu sangatlah tenang...mungkin sebab Rasulullah saw ada kat situ jugak.. bila duduk and pikir sorang2 time kt situ, aku dapat rasa yang aku sangat dekat dgn Nabi. rasa macam tengah solat sama2, rasa macam Nabi nampak apa aku tengah buat.. and sebak bila fikir, 'ohhh dulu Nabi mesti pernah jalan kat sini. ohh ni mesti Nabi pernah pijak. ohhh ni mesti tempat Nabi duduk berehat' and benda tu yang buat aku rasa macam, wah! aku sekarang kat kampung Rasulullah!


Subuh di Masjid Nabawi :)

Masa kat Raudhah (makam Rasulullah) takyah cakap lah, memang sangat sebak, sangat feel yang Nabi ada sebelah kita, depan kita. like He was with us! lagi sebak bila fikir, ni rumah Baginda dengan Aisyah, bilik dia, tempat dia hidup. MasyaAllah it was really amazing! perasaan tu memang takleh nak describe.

Bila payung terbuka...

Bila payung ditutup...

masa nak balik ke Mekah, sedih sangat...sebab? sebab tak tahu bila dapat ke situ lagi. tak tau sempat datang lagi tak sebelum mati.......

Dalam Masjid Nabawi

aku cuma boleh cakap, yang aku sangat sukakan Masjid Nabawi, aku sukakan suasana dalam masjid tu, suasana sekitar masjid dan seluruh Madinah...

kat Mekah pulak, memang tak dinafikan perasaan yang paling gembira bila tengok Kaabah buat pertama kali. and tengok berkali2 pun tak pernah puas! lagi lama tenung Kaabah, lagi menusuk ke hati, and lagi sedih bila terkenangkan dosa2...



aku hari tu, sempat tunaikan 4 kali Umrah, Alhamdulillah. penat sikit takpe, sebab Umrah takleh buat kat rumah kan? :)

Masjidil Haram pun takde kurangnya, sangat tenang walaupun ada berjuta orang, berbagai bangsa. aku suka dengar Azan, dengar bacaan solat..suka sangat walaupun aku hanya berdiri and tengok bermacam ragam orang, ada yang tengah tawaf, berjalan, berlari, baca quran, solat, tidur...
I'm just in love with everything!




and untuk pengetahuan korang, setiap kali lepas solat Fardhu, akan diiringi solat jenazah. memang ada setiap waktu.  5kali sehari, and jenazah bukan sorang setiap kali solat. ada terfikir apa2 tak? mati tu sentiasa ada kan?


Moga Allah redha dengan apa sahaja. Alhamdulillah.

doa dari aku, semoga kalian semua dan aku juga dijemput untuk ke sana suatu hari nanti, bukan sekali, tapi berkali2..amin amin In Sha Allah :)

My Bad!

Salam and hye!

wihuhu lagi beberapa bulan je lagi, dah nak masuk Tahun 3 belajar kat USM nih. and yang paling seram-tapi-tak-juga-insaf, lagi 3 MINGGU nak FINAL EXAM!!!

hahahahh. tapi kan... hari ni... for the first time selama 2 tahun kat sini, aku gi library pinjam buku. kahkah. and hari ni jugak for the first time aku masuk library untuk semester ni. haha! eh tapi semester lepas pernah je masuk library, ada la 2-3 kali kikiki...

kesnya, dapat assignment, then Dr cakap, no internet references! so terpaksalah aku ke library untuk meneroka buku yang patut digunakan... then mula lah tanya kawan;

macam mana nak pinjam buku?
weh macam mana nak cari buku?
boleh pinjam buku berapa banyak?
berapa hari dia bagi pinjam?
buku ni kat mana?
nanti nak hantar macam mana?

hahahaha LOL. dan tiba tiba terasa diri ini sangatlah tidak menyerupai seorang-pelajar-yang-inginkan-kejayaan-yang-cemerlang.

Thursday, 12 May 2016

Brownies coklat

hello and salam awak semuaaa

hari tu kita ternampak ada orang post gambar brownies, meleleh air liur kita...
haha lepas tu terus beli barang and buat
ni dia brownies yang rangup and sedap

bahan2:

200g coklat cadbury (any other choc yg korang suka)
100g butter
50g gula halus
50g gula perang
3 biji telur gred A
esen vanilla
50g tepung gandum
1 ts baking powder
3 tbs serbuk koko

cara2:

1. panaskan coklat dan butter sehingga cair.. boleh panaskan kt atas dapur atau nk lg senang guna microwave je..
2. satukan gula, esen vanilla dan telur, kacau guna whisker hingga gebu.
3. masukkan adunan telur (no2) ke dalam adunan coklat (no1), kacau hingga sebati.
4. masukkan tepung dan kacau kacau lg..
5. alas loyang dengan kertas minyak atau aluminium foil, panaskan oven 160 celcius. dan bakar selama 30 minit

Monday, 2 May 2016

Japanese cotton cheese cake

Bahan-bahan:

5 keping cheesedale
2 sb butter
1/2 cup susu segar
6 biji telur
Esen vanila
1 cup gula
1 cup tepung gandum
2 sb tepung jagung
1 sk baking powder

Cara-cara:

1. Pertama sekali, masukkan cheesedale, butter dan susu ke dalam periuk. Masak guna api perlahan hingga cair dan sebati. 
2. Asingkan telur putih dan telur kuning. Telur putih tu letak dalam bowl mixer ye. 
3. Ayakkan tepung gandum bersama tepung jagung, dan baking powder. 
4. Masukkan esen vanila dan gula ke dalam adunan kuning telur dan pukul hingga sebati dan kembang. Kemudian masukkan tepung dan kacau hingga sebati. 
5. Masukkan adunan cheese yang dimasak tadi ke dalam adunan telur kuning. Kacau hingga rata. 
6. Pukul putih telur dengan kelajuan maximum sehingga bertanduk (meringue, Kalau terbalikkan, adunan tak jatuh)
7. Masukkan meringue ke sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur kuning dan cheese tadi dan kaup balik menggunakan spatula. 
8. Panaskan oven 160c dan bakar adunan menggunakan double boil (Air dibawah) selama 60 minit. 

                                         
                             Adunan kuning telur yang dah dicampur adunan cheese

                                          
                                                                    Meringue

                                          
                                                   Adunan kek sebelum dibakar

                                           
                                                             Dah siap dibakar!!

                 
                                                                    Nyummmmms

Seoul 2013

Seoul 2013