Tuesday, 7 July 2015

cream puff gebuuuuu

olllaa....

ari ni tetibe mood rasa nak buat cream puff..
ok resepi ni sebenarnya hasil gabungan dari beberapa resipi..

ayuh!

Bahan2 puff :

100g butter
250ml air
1 sudu besar gula
130g tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 sudu esen vanila
3 biji telur

Cara-cara:

1. mula2 sekali, campurkan butter dan air dalam bekas, panaskan dengan api sederhana hingga mendidih.

Note: Jangan cairkan butter terlebih dahulu ye, nanti adunan akan jadi cair. pastikan butter pada suhu bilik.

2. lepastu, masukkan gula tadi.. then masukkan tepung sikit demi sikit..
kacau laju-laju ye, nanti berkerak pula.

3. lepas dah masukkan tepung, tutup api, sejukkan dulu.. (kalau nk cepat, letak dalam peti ais 5 minit)

4. pukul telur dan esen vanilla dalam bekas lain dulu, lepastu masukkan telur sikit demi sikit dalam adunan tepung tadi.

5. pipe kan dalam dulang ikut bentuk kesukaan masing2.. dan bakar selama 25-30 minit suhu 200c api atas bawah ye..
Note: Letak dulang di tengah-tengah oven.





ni bentuk puff selepas di pipe.

ni rupa lepas keluar dari oven.


bahan2 untuk filling:

2 sudu besar tepung gandum*
3 sudu besar tepung kastad*
5 sudu besar gula*
500ml susu segar
100ml susu cair
1 sudu besar susu pekat manis
2 biji telur
1 sudu esen vanilla
sedikit pewarna kuning

cara-cara:

1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam mangkuk, kemudian masukkan sedikit susu segar, kacau jangan bagi berketul.
2. kemudian masukkan susu pekat, gula dan kacau hingga sebati.
3. masukkan telur,esen vanilla, pewarna kuning, kacau hingga sebati dan masukkan kesemua susu segar dan susu cair.
4. panaskan dengan api sederhana hingga mendidih.
5. Sejukkan. masukkan dalam piping bag dan boleh pipe kan ke dalam puff.



SIAP!!!


No comments:

Post a Comment

Seoul 2013

Seoul 2013