Sunday, 12 July 2015

IJN and Her



I just want to share a piece of 'her' story. 

She is my sister, who just had an open Heart surgery few months ago.
Yes, I would like to say that she is quite, extreme and absolutely the strong one. 

She just had a valve replacement for her mitral valve (replace with tissue valve from a kind COW i would say) which is the left side of the heart and she also undergoes a repairment of her tricuspid valve which is in the right side of the heart. So that's mean both of her heart right and left has been 'cut' by the surgeons. Huhh 


Masa operation tu, kakak sulung kami sekeluarga ada kat Mekah, performing Umrah. Indah kan rancangan Allah? Dia hantar kakak kami ke sana untuk berdoa. Ke tempat yang paling suci. 
And adik beradik yang lain, semua berkumpul kat IJN. Abang and kakak second aku datang KL sehari lepas operation kalau tak silap aku, sebab dorang keje. 

And yeah, after that very major 8hours of surgery, we thought this will be the last time for us to see her 'menangis kesakitan', but unfortunately, after a week (abt 5days in ICU & 3days in ward), she was suddenly tak sedarkan diri as her heart stops beating for three seconds. 3 secs are quite long okay. But Alhamdulillah, Kun Fayakun, she still has the second chance to see the world, to see her family, as she has survived by the CPR that has been done by a few of IJN nurses. 


Masa dia tak sedarkan diri tu, aku and umi ayah dah balik Kelantan. Sebab umi ayah dah start keje balik and aku dah start semester 2. Suddenly dapat call dari akak aku yg ada kat IJN waktu tu, bgtau yg Kak Ilah xsedarkan diri and dah masuk ICU semula. 

Esok nya, Umi ayah terus terbang ke KL, then aku ke sana jugak, tapi pergi masa weekend dengan abang aku. 

Ingatkan dah okay,
But then, Allah still want to test her and kami sekeluarga. Since her heartbeat was very slow and extremely weak, (30beats/min) she needs to wear a permanent pacemaker (battery) in order for her to survive instead from her heart to stop beating again. 

And after having a second minor procedure for her pacemaker insertion, and after staying at IJN for a month, she is now in the process of recovery. Alhamdulillah for all of this tests Oh Allah. 

And if this happens to me, Aku tak rasa aku masih hidup skrg. Because I'm not that strong. 

Aku yang ulang alik ke sana tiap2 minggu pun boleh rasa penat. Bayangkan, lepas habis kelas hari Khamis, terus ke airport, amik flight malam. Then esoknya pagi2 lagi (9/10am) dah gerak ke IJN, and akan stay kat hospital tu sampai lepas Isyak. Tiap2 hari rutin sama. Start dari dia admit ward sebelum operation, sampai dah discharge. Sebulan jugak la kitorang satu family melepak kat IJN. Sape yang tak penat kan. Bayangkan aku naik about 16 flights within 2 months. Huhuhhh

Tapi aku tau, Allah had chosen an exact person. Because until now, she is still smiling, and not giving up to live even once. 

Allah and all of us love you, Kak Ilah. Stay strong. May all of us live together in Jannatul Firdaus soon 💞


Thursday, 9 July 2015

resepi Samperit Susu

haiii assalamualaikum.
hari ni dah 23 Ramadhan. wah cepat je masa berlalu....

hmmm... hari ni rasa nak share resepi biskut samperit susu atau dengan nama lain, biskut bangkit bunga!


resepi ni turun temurun dari aku kecik lagi tau :)



bahan-bahan:

250g butter
250g atau 1/2 tin susu pekat
100g tepung ubi (penting untuk struktur biskut)
400g tepung jagung (just nice untuk picit dalam acuan)
1 sudu esen vanilla

cara-cara:

1. Kacau butter dan susu pekat guna spatula atau senduk kayu hingga sebati. tak payah guna mixer okay! nanti biskut kembang.
2. masukkan tepung yang telah diayak dan esen vanilla. uli guna tangan hingga menjadi doh yang sebati.
3. Ikut kreativiti masing2, asingkan dan bahagi kepada warna yang disukai. then terap ikut acuan samperit.
4. Bakar selama 15 minit suhu 150c api atas dan bawah ye.



Tuesday, 7 July 2015

cream puff gebuuuuu

olllaa....

ari ni tetibe mood rasa nak buat cream puff..
ok resepi ni sebenarnya hasil gabungan dari beberapa resipi..

ayuh!

Bahan2 puff :

100g butter
250ml air
1 sudu besar gula
130g tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 sudu esen vanila
3 biji telur

Cara-cara:

1. mula2 sekali, campurkan butter dan air dalam bekas, panaskan dengan api sederhana hingga mendidih.

Note: Jangan cairkan butter terlebih dahulu ye, nanti adunan akan jadi cair. pastikan butter pada suhu bilik.

2. lepastu, masukkan gula tadi.. then masukkan tepung sikit demi sikit..
kacau laju-laju ye, nanti berkerak pula.

3. lepas dah masukkan tepung, tutup api, sejukkan dulu.. (kalau nk cepat, letak dalam peti ais 5 minit)

4. pukul telur dan esen vanilla dalam bekas lain dulu, lepastu masukkan telur sikit demi sikit dalam adunan tepung tadi.

5. pipe kan dalam dulang ikut bentuk kesukaan masing2.. dan bakar selama 25-30 minit suhu 200c api atas bawah ye..
Note: Letak dulang di tengah-tengah oven.





ni bentuk puff selepas di pipe.

ni rupa lepas keluar dari oven.


bahan2 untuk filling:

2 sudu besar tepung gandum*
3 sudu besar tepung kastad*
5 sudu besar gula*
500ml susu segar
100ml susu cair
1 sudu besar susu pekat manis
2 biji telur
1 sudu esen vanilla
sedikit pewarna kuning

cara-cara:

1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam mangkuk, kemudian masukkan sedikit susu segar, kacau jangan bagi berketul.
2. kemudian masukkan susu pekat, gula dan kacau hingga sebati.
3. masukkan telur,esen vanilla, pewarna kuning, kacau hingga sebati dan masukkan kesemua susu segar dan susu cair.
4. panaskan dengan api sederhana hingga mendidih.
5. Sejukkan. masukkan dalam piping bag dan boleh pipe kan ke dalam puff.



SIAP!!!


Seoul 2013

Seoul 2013