haa hari ni nak cerita journey (cehh) ke Queen Victoria Market, City Centre, Harbour Town dan State Library.
Sebelum korang ke Queen Victoria Market (QVM) ni, eloklah korang plan siap2 sbb pasar ni tutup pada hari Isnin dan Rabu tau!
hari selasa ngn khamis pulak QVM ni bukak pada jam 6am-2pm sahaja. so jangan plan nak pergi petang ok? karang menangis pulak bila sampai2 dah tutup haha.
ni dia operation hour QVM:
Monday: Closed
Tuesday: 6:00 am – 2:00 pm
Wednesday: Closed
Thursday: 6:00 am – 2:00 pm
Friday : 6:00 am – 5:00 pm
Saturday: 6:00 am – 3:00 pm
Sunday : 9:00 am – 4:00 pm
tempat ni sangat sesuai untuk cari souviners yang cantik comel murah2
dan sangat banyak pilihan.
kalau teringin nak makan buah2an segar pun banyak ada jual kat sini.
pasar basah dia ya ampuuunnnnn bersih gila mak ai. tak basah langsung!
ni pasar basah nyaa
untuk souviners pulak, baju I Love Melbourne tu, aku boleh dapat dengan harga Aud 4 sehelai. beli kat kedai Indon. kalau korang tak pandai cari or malas nak tawar menawar, baju tu boleh jadi harga Aud 8 sehelai tau!
so kena lah rajin pusing satu pasar ni demi nak murah kan!
untuk benda2 lain pulak mcm fridge magnet, aku boleh dapat Aud 10 untuk 5 keping, kangaroo dan patung2 lain pun byk.. pandai2 lah cari, kalau ada rezeki, boleh dapat yang paling murah!
baju2 pun sangat banyak jual kat sini termasuk winter coat, t shirt biasa, beg2 ahhhh semua ada lah! haha
okay dah habis shopping!
ayuh kita ke tempat lain pulak heheh
lepas zohor, kitorang gerak ke City, naik City Circle Tram, tram ni free, and dia akan pusing city centre. naik lah banyak kali pun takpe sebab free!
![]() |
city circle tram |
first sekali kitorang ke Yarra River, which is depan Eureka Skydeck 88, tapi xmasuk pun Eureka tu sebab sangat mahal and rasa not worth.
pemandangan dia memang sangat cantiklah. dengan kapal2 comel nya, pastu bangunan tinggi2 semua. kalau boleh nak duk situ berjam2 amik gambar haha
tapi tak boleh sebab rushing nak ke banyak tempat lagi sebelum matahari jatuh..
lepastu kitorang pergi jalan2 kat Harbour Town, then pegi State Library yang sangat unik tu!
kat Harbour Town ni takde ape pun senanye haha. ada kapal boat2 parking je (aku bukan jenis suka kapal, boat dan sbgnya)
cuma depan ni ada tempat shopping. and untuk amik gambar, tempat ni lawa je hehe.
nahhh layan gambar dulu.
ni dia Harbour Town |
lepas ke City Marina ni, kitorang terus gerak ke State Library.
Ni pulak State Library. library nya memang ya ampun lawa giler! kalau USM ada library cmni confirm aku akan selalu pergi. pergi untuk apa tu tak pasti la haha. tapi bila kitorang sampai sini dah malam, so tempat untuk amik gambar yang angle lawa (mcm dlm gmbr bwh ni) pun dah tutup.
so, kitorang amik gmbr dari bawah je lah hehe.
![]() |
gambar dari Google |
so apa lagi kan.. acah2 study la sikit! hhaha
dia punya design memang retro jugak lah tapi sangat lawa. orang lain masuk situ semua nak study, tapi kitorang masuk situ bawak kamera haha! argh tak kesah la, bukan nya selalu datang pun tempat ni. hihihi
lepas balik dari library ni..perut pun mula lah berbunyi kikiki.....
then kitorang decide nak makan pizza!
harga dia hmm lupa..... dalam AUD 12 kot for the whole pizza.
rasa dia pun not bad and size dia pun besar jee.
kedai ni area Flinders Street tu je.
![]() |
satu slice dia memang besar macam ni. haha |
so, selamat menjamu selera! hihihihi